SELAMAT DATANG

Selasa, 31 Mei 2011

KURSUS ASAS KOMPUTER

KSKM Kedah dengan kerjasama Kolej Kominiti Bandar Darulaman (KKBD), Jitra bercadang mengadakan kursus asas komputer bermula Jun 2011. Terbuka kepada semua staf makmal di Kedah. Kelas dicadangkan akan berlangsung pada hari bekerja dari pagi hingga petang selama 3 atau 4 hari. Bayaran dikenakan sebanyak RM50.00 termasuk makan tengahari. Kelas pertama ini dibuka kepada 20 orang saja. Sesiapa yang berminat dengan kelas ini perlulah mendaftar dengan pengerusi KSKM Kedah di email kskmkedah@gmail.com. Surat tawaran kursus akan dikeluarkan oleh JPN/PP ( boleh hadir kursus tanpa perlu ambil cuti). Sijil akan dikeluarkan oleh KKBD.

Isnin, 30 Mei 2011

AJK KSKM KEDAH SESI 2011 - 2013

KSKM Cawangan  Kedah telah mengadakan Mesyuarat Agong Dwitahunan sesi 2011 - 2013 pada 29 Mei 2011 bertempat di SMK Tunku Abd Aziz, Simpang Empat, Alor Setar, Kedah. 


Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Rooslee bin Ismail, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah. Kehadiran kira-kira-kira 200 orang.


Senarai AJK KSKM Cawangan Kedah Sesi 2011 - 2013


Pengerusi    :    Puan Mariah binti Salleh ( SMK Jitra )
Setiausaha   :   Puan Khairani binti Din ( SMK Sg Layar )
Bendahari    :   Puan Masny binti Md Hashim ( SMK Pendang )
AJK             :   Encik Abidin bin Abu Hassan ( SMK Kulim )
                       Encik Kamarudin bin Ahmad 
                       ( SM Model Khas Bukit Jenun )
                       Encik Mohd Ali bin Ibrahim ( SMK Jeneri )                        
                       Puan Normah binti Morad ( SMK Kulim )
                       Puan Suryati binti Mehat ( SMK Dato' Syed Omar )

Isnin, 16 Mei 2011

KURSUS PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOR STAF MAKMAL DAERAH KOTA SETAR, PADANG TERAP DAN PENDANG

Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar, Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap dan Pejabat Pelajaran Daerah Pendang telah mengadakan Kursus Pengurusan Aset Alih dan Stor pada 15 Mei 2011 ( Ahad ) bertempat di Dewan Al Farabi, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium, Alor Setar, Kedah.

Kursus telah disampaikan oleh Encik Ashaari bin Maarof, Setiausaha Agong KSKM. Seramai hampir 200 orang telah hadir. Ramai peserta yang memberi maklumbalas berpuashati dengan penyampaian isi kursus tersebut.

Perasmian kursus telah dilaksanakan oleh Encik Turin bin Ahmad, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Setar. Ucapan beliau yang sangat menarik telah memberi input yang segar di ingatan iaitu mengenai kisah seorang petugas membersih kawasan di tapak pelancaran kapal angkasa yang menjawab pertanyaan pengunjung tentang tugas beliau disitu iaitu : 'I am sending people to the moon'. Moral penceritaan kisah tersebut ialah betapa besar peranan kakitangan makmal dalam membantu kemajuan ilmu sains di dunia pendidikan.

Penyertaan juga terdiri dari anggota kumpulan sokongan lain seperti Pembantu Tadbir dan Pembantu Am Pejabat yang bertugas di pejabat, asrama dan juga pusat sumber.

Pengerusi, Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama JPN Kedah dan ketiga-tiga PPD yang membantu menjayakan kursus tersebut.

KSKM Kedah bercadang untuk mengadakan kursus seperti ini selanjutnya ke daerah-daerah lain, InsyaAllah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...