SELAMAT DATANG

Sabtu, 30 Mac 2013

PEMBANTU MAKMAL DIARAHKAN BERTUGAS SELAIN DARI MAKMAL SAINS

Pengerusi KSKM Kedah, Pn Mariah binti Salleh telah membawa dua isu dalam Mesyuarat Pra majlis Bersama Jabatan(MBJ) baru-baru ini. Isu2 tersebut bakal dibentangkan dalam Mesyuarat Bersama Jabatan yang bakal berlangsung April nanti. Antara isu panas ialah :-
a)      Pembantu Makmal mendapat arahan untuk bertugas selain dari makmal sains.
b)      Norma perjawatan Pembantu Makmal tidak diisi mengikut norma yang diluluskan oleh Jabatan 
         Awam iaitu 1Makmal=1Pembantu Makmal.

Sehubungan dengan itu KSKM Kedah berharap mendapat kerjasama semua Pambantu Makmal di negeri    Kedah untuk memberi info bagi kedua-kedua isu tersebut.

PM bolehlah memberi info mengenai arahan dari pentadbir untuk bertugas selain dari makmal dengan memberi bukti arahan samada berbentuk surat arahan atau pun jadual bertugas atau kedua-duanya sekali.

Bagi norma perjawatan pula, diharap semua PM mewakili sekolah masing-masing dapat memberi maklumat seperti bilangan makmal, satu/dua sesi, bilangan PM C22(hakiki),  PM C22(KUP), PM C17, PAP N4(Hakiki), PAP N4(KUP), PAP N1. Sila nyatakan tempoh/lama bertugas.

Selain dari itu boleh juga nyatakan sebarang masalah yang dihadapi kini.
Semua maklumat bolehlah di hantar terus kepada KSKM Kedah melalui emel 
               
kskmkedah@gmail.com 
atau poskan kepada

Puan Mariah binti Salleh, 
Pengerusi Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Caw. Kedah, 
d/a Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah, 
Kementerian Pelajaran Malaysia, 
Pokok Tai, 06720 Pendang, 
Kedah.

Segala info tersebut adalah diguna pakai bagi membantu pihak Jabatan Pelajaran Kedah membuat penambahbaikan perkhidmatan Pembantu Makmal.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...