SELAMAT DATANG

Isnin, 21 Oktober 2013

PENGHURAIAN TUGAS PEMBANTU MAKMAL

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerbitkan buku 'Tugas Pembantu Makmal di Sekolah, Kolej Matrikulasi dan Institiut Pendidikan Guru Malaysia'. Buku berkenaan telah diterbitkan pada April 2013 dan berkuatkuasa mulai 2 Mei 2013.

Sektor Pengurusan dan Pembangunan, Jabatan Pelajaran Kedah telah menghantar salinan senarai berkenaan kepada semua Pejabat Pelajaran Daerah di Kedah untuk di hantar ke semua sekolah menengah negeri Kedah.

Melalui maklumbalas yang saya terima terdapat banyak sekolah tidak menyerahkan senarai berkenaan kepada Pembantu Makmal.

Saya pohon kerjasama agar Pembantu Makmal yang tidak menerima salinan senarai berkenaan memberi maklumat sekolah dengan menghantar emel kskmkedah@gmail.com.

Intipati senarai tersebut yang amat perlu diberi perhatian ialah

1.1.1 Pengurusan Makmal Sains
         (f) Menyelia kerja-kerja pembersihan yang tidak melibatkan bahan/radas seperti 
              membersihkan tingkap/sawang/lampu/lantai yang dilaksanakan oleh syarikat 
              pembersihan.

Saya ingin mendapat info Pembantu Makmal yang masih melakukan kerja-kerja pembersihan
agar dapat memberi maklumat berkaitan ke emel kesatuan.

Semoga saya dapat info segera bagi memudahkan saya membentang dalam Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan yang bakal diadakan dalam masa terdekat, in sya Allah.           

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...