Alhamdulillah hasil perjuangan CUEPACS kerajaan bersetuju memberi bonus setengah bulan gaji kepada semua penjawat awam menjelang hari raya aidilfitri tahun ini. KSKM Kedah ingin menyeru kepada Pembantu Makmal yang masih belum menjadi ahli KSKM supaya segera bertindak menjadi ahli. Segala perjuangan CUEPACS adalah hasil sumbangan kewangan dari kesatuan gabungan termasuk KSKM. Sesungguhnya adalah lebih baik setiap Pembantu Makmal memberi sumbangan dalam bentuk menganggotai KSKM agar kita tidak jadi orang yang hanya menunggu hasil kejayaan tanpa memberi sedikit pun sumbangan. Fikir-fikirkanlah!!!
Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal ( KSKM ) Cawangan Kedah. Keahlian terbuka kepada semua staf makmal yang bertugas di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia atau Kementerian Pengajian Tinggi di Negeri Kedah.
Khamis, 26 Julai 2012
SELAMAT MENGHIDUPKAN RAMADHAN AL MUBARAK
Pengerusi, dan Ahli Jawatankuasa KSKM Cawangan Kedah mengucapkan kepada semua Pembantu Makmal Muslim dan Muslimah di seluruh Malaysia 'SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN, REBUTLAH PELUANG MENGHAYATI DAN MENGHIDUPKAN RAMADHAN YANG PENUH BERKAT. Semoga semua amalan kita di nilai oleh Allah dan InsyaAllah memperoleh fadhilatnya di dunia dan di akhirat nanti.
Langgan:
Catatan (Atom)