SELAMAT DATANG

Isnin, 19 Disember 2011

PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI TAHUNAN KALI KE 11 KSKM

Persidangan telah berlangsung pada 16 hingga 18 Disember 2011 (Jumaat - Ahad) bertempat di Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Pesiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah alam, Selangor.

Ucaptama dan Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Omar bin Osman, Presiden CUEPACS.

Semua negeri-negeri di semenanjung Malaysia menghantar perwakilan masing-masing.

Tetamu jemputan terdiri dari wakil-wakil kesatuan sekerja lain yang bergabung dengan CUEPACS dan para wakli media.

Yg Berbahagia Datuk juga sempat mengadakan persidangan media mengenai beberapa isu termasuk tiada perbincangan antara JPA dengan CUEPACS mengenai beberapa perkara menyebabkan kakitangan awam tidak puashati.

Perwakilan aktif mengambil bahagian membahas isu-isu panas mengenai perkhidmataan, kebajikan, kewangan dan lain-lain lagi.

Kemuncak persidangan ialah pengumuman keputusan pemilihan pegawai-pegawai kanan KSKM sesi 2011 - 2013.

Presiden : Hamran bin Hj Ahmad
Naib Presiden : Mohd Fami bin Khamis
Setiausaha Agung : Ashaari bin Maarof
Penolong Setiausaha Agung : Zainal Abu Hassan
Bendahari : Wan Md Nasir bin Wan Khalid

Semoga semua pegawai-pegawai yang telah diberi tanggungjawab memikul amanah dapat menjalankan tugas dengan sentiasa berpandukan AlQuran dan Sunnah dengan sering mengingatkan, berpesan dengan kebaikan dan kebenaran.

Sabtu, 10 Disember 2011

LAMPIRAN C SBPA

MAKLUMAN DARI JPA MENGENAI LAMPIRAN C :

Sila rujuk Bahagian Sumber Manusia Kementerian/Jabatan/agensi masing-masing bagi urusan mengenai Lampiran C.

Makluman berkenaan bermaksud Lampiran tanggagaji tidak akan di siarkan di mana-mana web agensi kerajaan, ianya hanya boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia di Kementerian masing-masing.

Tahukah anda mengapa JPA berbuat demikian?

Terkini didapati ramai kakitangan awam terlibat dengan hutang yang serius yang mengakibatkan tiada tabungan kecemasan,fikiran tidak tenang membolehkan tidak dapat fokus kepada tugas seharian dan banyak lagi perkara-perkara negatif. Rasionalnya Lampiran tersebut tidak dipaparkan ialah kerana ianya SULIT, pegawai berkenaan saja yang mengetahui gajinya berapa. Jika boleh diakses dengan mudah maka ianya bukan lagi SULIT. Jika mudah diakses maka umum mengetahui berapa gaji kakitangan awam yang sebenar, dari itu memungkinkan agensi kewangan mengejar kakitangan awam memberi tawaran membuat pinjaman yang kadang-kadang tidak perlu buat masa tersebut. Berhutang bila keadaan amat memerlukan merupakan perancangan kewangan yang betul. Renung-renungkanlah.

Seperkara lagi ialah sebelum pembentangan kenaikan gaji dibuat oleh PM banyak barang telah dinaikkan harganya, selepas pembentangan belanjawan 2012 sedikit lagi harga barang naik. Jika diketahui umum berapa kenaikan gaji yang sebenar diperolehi oleh kakitangan awam memungkinkan harga barang melambung lagi, dari itu tidak memberi manfaat kenaikan gaji kepada kakitangan awam jika harga barang-barang keperluan semakin naik harganya.

KSKM Kedah mengambil kesempatan memberi pandangan agar sesiapa yang mempunyai jadual gaji baru SBPA tidak perlu dihebahkan melalui mana-mana saluran media yang boleh di lihat oleh umum demi kebaikan bersama. Yang penting kita bersyukur kehadzrat Allah S.W.T yang telah menganugerahkan rezeki tersebut dan kita sebagai penerima anugerah tersebut sepatutnya menumpukan/memberi perhatian yang sewajarnya kepada tugas dan tanggungjawab kita agar kita dapat melepasi saringan di padang mahsyar nanti, InsyaAllah.

Jumaat, 9 Disember 2011

SBPA BAGI KUP

SBPA tidak akan menjejaskan kenaikan pangkat secara KUP atau time based.

Sebarang KUP akan diteruskan seperti biasa cuma yang membezakannya ialah kenaikan gaji yang lebih tinggi.

Oleh itu bagi PM lantikan 1997 akan mandapat perbezaan gaji yang banyak pada tahun 2012 selepas Ogos nanti, InsyaAllah.

SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM(SBPA)

Pada 8 Disember 2011 (Khamis) bertempat di Wisma Darulaman, Alor Setar, Kedah satu taklimat mengenai SBPA telah disampaikan oleh YM Raja Zaidah,Pengarah Bahagian Saraan, JPA. Taklimat anjuran bersama JPA, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Majlis telah dihadiri oleh En Rooslee bin Ismail, Timbalan Pengarah Pelajaran, Ketua-ketua Sektor, Ketua Penolong Pengarah, Penolong-penolong Pengarah, Ketua-ketua Unit, PPD, Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Kedah, Pengerusi-pengerusi Kesatuan Sekerja, Pembantu-pembantu Tadbir dan lain-lain prgawai yang berkaitan dengan penyediaan gaji.

Majlis yang dijadualkan mula pada jam 5.30 petang hanya dapat dimulakan pada 6 petang dan berakhir pada jam 10 malam.

Diantara intipati yang dapat dipetik oleh Pn Mariah selaku Pengerusi KSKM ialah :

SBPA diujudkan adalah pada dasarnya bagi memberi kesedaran kepada kakitangan perkhidmatan awam pendekatan secara sedar(conscious) mengenai lonjakan yang nyata terhadap Kompetensi dan Potensi.
Perkhidmatan awam dijangkakan akan menjadi suatu perkhidmatan yang disegani oleh semua pihak kesan dari kualiti perkhidmatan.

SBPA dijadualkan bermula 2012 dan berakhir pada 2020 yang mengambil masa 8 tahun melalui Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA).

FASA 1
2012 Semakan Sistem Saraan
2013 Penstrukturan Elaun dan Projek Perintis
2014 Pelarasan Gaji

FASA 2
2015 -2017 Semakan sistem saraan
Semakan elaun
Pelarasan gaji

FASA 3
2018 - 2020 Semakan sistem saraan
Semakan elaun
Pelarasan gaji.

KAEDAH PEMINDAHAN GAJI DARI GAJI SSM KEPADA SBPA

sebagai contoh :

Saudara A bertugas sebagai Pembantu Makmal C17 mendapat gaji SSM P1T14

Langkah pertama - gaji P1T14 dinaikkan kepada gaji P1T15 pada 1/1/2012.

Langkah kedua - gaji P1T15 dipadankan dengan gaji sebaris SBPA kod C4-1 dengan tanggaji yang sama, berhampiran atau lebih tinggi. (Gaji tersebut merupakan gaji baru SBPA pada 1/1/2012).

Langkah ketiga - Gaji tahunan bagi 2012 akan di laksanakan bila tiba masa kenaikan gaji tahunan seperti biasa seperti Januari, April Julai atau Oktober.

Bagi sesiapa yang telah mendapat gaji maksimum di gred gaji SSM akan diberi juga satu kenaikan terlebih dulu sebelum di pindahkan ke jadual gaji SBPA.

Dijangkakan kakitangan akan mendapat gaji sebanhyak dua kali bulan Januari 2012 iaitu :

Pada 16/1/2012 kakitangan awam akan mendapat gaji SSM yang telah disediakan terlebih dulu.
Pada akhir bulan kakitangan awam akan mendapat baki gaji setelah dipindahkan ke SBPA.

Maklumat terperinci akan di maklumkan selanjutnya.

Semoga semua staf makmal dapat MEMBUAT, MEMBAWA DAN MENGHASILKAN PERUBAHAN seperti yang diharapkan oleh JPA setimpal dengan ganjaran upah yang diperolehi. KSKM Kedah berharap agar semua staf makmal di KPM dapat menjalankan tugas dengan penuh minat , bertanggungjawab, ikhlas bagi menjamin hasil upah yang diperolehi benar-benar bersih dan halal, sama-samalah kita renungkan terhadap apa yang telah, sedang dan akan kita lakukan didalam menjalankan tugas
seharian.

Ahad, 4 Disember 2011

SERAHAN KOT MAKMAL BAGI SEMUA PEMBANTU MAKMAL SEKOLAH-SEKOLAH HARIAN NEGERI KEDAH

Hasil mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Jabatan Pelajaran Negeri Kedah yang dihadiri oleh Pn Mariah binti Salleh selaku Pengerusi KSKM Negeri Kedah telah meluluskan permohnan KSKM untuk mendapat bekalan sehelai kot makmal bagi setiap Pembantu Makmal C17 dan C22 yang bertugas di sekolah-sekolah harian di bawah JPN kedah. Agihan kot makmal tersebut sedang dalam proses kecuali PM di daerah Padang Terap telah menerima lebih awal.

Pembantu Makmal dinasihatkan untuk menunggu surat dari PPD melalui Pengetua untuk mendapat arahan bagi ketentuan tarikh dan individu yang bertanggungjawab mengagih mengikut daerah masing-masing.

Pihak kesatuan juga mengedarkan satu set borang untuk mendapat maklum balas mengenai info kakitangan makmal dan juga prasarana makmal di sekolah masing-masing bagi mengujudkan satu pengkalan data dan mengnenal pasti masalah-masalah di setiap sekolah. KSKM Kedah berharap agar semua staf makmal dapat memberikan info yang tepat bagi memudahkan Pengerusi menyampaikan maklumat tersebut tepat kepada sasarannya.

Semua masalah atau kekurangan tersebut akan diteliti dan akan di bawa ke mesyuarat MBJ, JPN Kedah yang diadakan setahun 3 atau 4 kali.

Khamis, 15 September 2011

PENGUMPULAN MAKLUMAT PAP N1/N4 YANG PERNAH BERTUGAS DI MAKMAL SAINS.

Alhamdulillah, hasil perjuangan KSKM KPM telah bersetuju untuk melantik PAP N1/N4 yang pernah bertugas di makmal sains untuk dilantik sebagai Pembantu Makmal C17. KSKM amat berharap agar semua PAP yang pernah bertugas di makmal samada menjadi ahli atau tidak menjadi ahli untuk mengisi maklumat tersebut melalui web http://www.moe.gov.my.

Pemilihan akhir adalah bergantung sepenuhnya kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran yang akan menyenarai pendek calon yang layak berdasarkan sepenuhnya kepada pengalaman dan penilaian prestasi bagi dipanggil temuduga.

Web tersebut di buka bermula 26 Ogos hingga 23 September 2011. Dalam tempoh tersebut sehingga kini KSKM Kedah telah menerima berbagai aduan tentang macam-macam masalah yang dihadapi semasa mengisi maklumat calon. Pengerusi KSKM Kedah telah mengambil langkah menghubungi Setiausaha Agong memaklumkan masalah-masalah tersebut. Ada yang telah dapat diatasi namun timbul pulak masalah baru. Walaubagaimanapun SU Agong sering berhubung dengan pihak KPM bagi mengatasi masalah tersebut.

Pengerusi KSKM Kedah menyarankan kepada semua PAP yang tidak dapat mengisi maklumat tersebut agar menghubungi beliau bagi membantu mengisi maklumat tersebut segera.

Selasa, 13 September 2011

KURSUS KOMPUTER BERSAMA DENGAN KOLEJ KOMUNITI

Adalah dimaklumkan bahawa kursus tersebut tidak dapat diadakan buat masa ini. Kolej komuniti memaklumkan peruntukan untuk tahun ini telah habis, peruntukan tambahan telah dipohon tetapi sehingga catatan ini ditulis belum tiba peruntukan tersebut. Pihak kami akan maklumkan kiranya ada perkembangan terbaru.

Pihak KSKM Kedah memohon maaf atas kegagalan program ini.

Kursus lain anjuran bersama dengan PPD akan diadakan akhir tahun ini InsyaAllah bagi daerah2 di Kulim/Bandah Baharu, Baling/Sik, Kuala Muda/Yan dan Kubang pasu/Langkawi.

Khamis, 9 Jun 2011

BENGKEL PENAMBAHBAIKAN DAN PEMURNIAN FAIL MEJA PEMBANTU MAKMAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - Part 1

Seramai 30 orang Pembantu Makmal dari negeri-negeri di seluruh semenanjung Malaysia sedang berbengkel selama 4 hari 3 malam ( 8 - 11 Jun 2011 ) di Hotel Heritage, Ipoh. Bengkel diadakan atas permintaan Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal dianjurkan oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Peserta bengkel terdiri dari PM yang bertugas di berbagai institusi iaitu Kolej Matrikulasi, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster dan Sekolah Harian. Peserta juga terdiri dari PM C26, C22 dan juga C17.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendapat satu standard tugas harian PM bagi memartabatkan profesionalisma perjawatan.

KSKM Kedah telah diwakili oleh 3 orang iaitu Pn Norhayati bt Ibrahim, PM C26 dari Kolej Matrikulasi Kedah, Pn Mariah binti Salleh, C22 dari SMK Jitra dan Pn Khairani binti Din, C17 dari SMK Sungai Layar.

Semoga bengkel ini dapat menghasilkan sesuatu yang memberi perubahan yang besar terhadap tugas dan peranan PM serta mendapat pengiktirafan yang lebih tinggi dari berbagai pihak.

Selasa, 31 Mei 2011

KURSUS ASAS KOMPUTER

KSKM Kedah dengan kerjasama Kolej Kominiti Bandar Darulaman (KKBD), Jitra bercadang mengadakan kursus asas komputer bermula Jun 2011. Terbuka kepada semua staf makmal di Kedah. Kelas dicadangkan akan berlangsung pada hari bekerja dari pagi hingga petang selama 3 atau 4 hari. Bayaran dikenakan sebanyak RM50.00 termasuk makan tengahari. Kelas pertama ini dibuka kepada 20 orang saja. Sesiapa yang berminat dengan kelas ini perlulah mendaftar dengan pengerusi KSKM Kedah di email kskmkedah@gmail.com. Surat tawaran kursus akan dikeluarkan oleh JPN/PP ( boleh hadir kursus tanpa perlu ambil cuti). Sijil akan dikeluarkan oleh KKBD.

Isnin, 30 Mei 2011

AJK KSKM KEDAH SESI 2011 - 2013

KSKM Cawangan  Kedah telah mengadakan Mesyuarat Agong Dwitahunan sesi 2011 - 2013 pada 29 Mei 2011 bertempat di SMK Tunku Abd Aziz, Simpang Empat, Alor Setar, Kedah. 


Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Rooslee bin Ismail, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah. Kehadiran kira-kira-kira 200 orang.


Senarai AJK KSKM Cawangan Kedah Sesi 2011 - 2013


Pengerusi    :    Puan Mariah binti Salleh ( SMK Jitra )
Setiausaha   :   Puan Khairani binti Din ( SMK Sg Layar )
Bendahari    :   Puan Masny binti Md Hashim ( SMK Pendang )
AJK             :   Encik Abidin bin Abu Hassan ( SMK Kulim )
                       Encik Kamarudin bin Ahmad 
                       ( SM Model Khas Bukit Jenun )
                       Encik Mohd Ali bin Ibrahim ( SMK Jeneri )                        
                       Puan Normah binti Morad ( SMK Kulim )
                       Puan Suryati binti Mehat ( SMK Dato' Syed Omar )

Isnin, 16 Mei 2011

KURSUS PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOR STAF MAKMAL DAERAH KOTA SETAR, PADANG TERAP DAN PENDANG

Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar, Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap dan Pejabat Pelajaran Daerah Pendang telah mengadakan Kursus Pengurusan Aset Alih dan Stor pada 15 Mei 2011 ( Ahad ) bertempat di Dewan Al Farabi, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium, Alor Setar, Kedah.

Kursus telah disampaikan oleh Encik Ashaari bin Maarof, Setiausaha Agong KSKM. Seramai hampir 200 orang telah hadir. Ramai peserta yang memberi maklumbalas berpuashati dengan penyampaian isi kursus tersebut.

Perasmian kursus telah dilaksanakan oleh Encik Turin bin Ahmad, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Setar. Ucapan beliau yang sangat menarik telah memberi input yang segar di ingatan iaitu mengenai kisah seorang petugas membersih kawasan di tapak pelancaran kapal angkasa yang menjawab pertanyaan pengunjung tentang tugas beliau disitu iaitu : 'I am sending people to the moon'. Moral penceritaan kisah tersebut ialah betapa besar peranan kakitangan makmal dalam membantu kemajuan ilmu sains di dunia pendidikan.

Penyertaan juga terdiri dari anggota kumpulan sokongan lain seperti Pembantu Tadbir dan Pembantu Am Pejabat yang bertugas di pejabat, asrama dan juga pusat sumber.

Pengerusi, Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama JPN Kedah dan ketiga-tiga PPD yang membantu menjayakan kursus tersebut.

KSKM Kedah bercadang untuk mengadakan kursus seperti ini selanjutnya ke daerah-daerah lain, InsyaAllah.

Khamis, 28 April 2011

KURSUS PEMBANTU MAKMAL KEDAH

Unit Latihan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kedah dengan kerjasama Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) Cawangan Kedah telah mengadakan Kursus Pembantu Makmal Kedah bertempat di Hotel Royal Pulau Pinang pada 26 - 28 April 2011. Seramai 38 orang telah terpilih untuk mengikuti kursus tersebut. Kursus berkisar mengenai 'keselamatan makmal' telah dikendalikan oleh 3 penceramah iaitu Pn Mariah bt Salleh dan 2 orang penceramah jemputan dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pulau Pinang.

Banyak info diperolehi dan menyedarkan para peserta mengenai bahaya akibat pendedahan kepada bahan kimia dalam jangkamasa panjang.

Perasmian penutupan kursus tersebut telah disempurnakan oleh En Ismail Che Ros, Pegawai Latihan Pejabat Pelajaran Daerah Kulim/Bandar Baharu. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...