SELAMAT DATANG

Khamis, 15 September 2011

PENGUMPULAN MAKLUMAT PAP N1/N4 YANG PERNAH BERTUGAS DI MAKMAL SAINS.

Alhamdulillah, hasil perjuangan KSKM KPM telah bersetuju untuk melantik PAP N1/N4 yang pernah bertugas di makmal sains untuk dilantik sebagai Pembantu Makmal C17. KSKM amat berharap agar semua PAP yang pernah bertugas di makmal samada menjadi ahli atau tidak menjadi ahli untuk mengisi maklumat tersebut melalui web http://www.moe.gov.my.

Pemilihan akhir adalah bergantung sepenuhnya kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran yang akan menyenarai pendek calon yang layak berdasarkan sepenuhnya kepada pengalaman dan penilaian prestasi bagi dipanggil temuduga.

Web tersebut di buka bermula 26 Ogos hingga 23 September 2011. Dalam tempoh tersebut sehingga kini KSKM Kedah telah menerima berbagai aduan tentang macam-macam masalah yang dihadapi semasa mengisi maklumat calon. Pengerusi KSKM Kedah telah mengambil langkah menghubungi Setiausaha Agong memaklumkan masalah-masalah tersebut. Ada yang telah dapat diatasi namun timbul pulak masalah baru. Walaubagaimanapun SU Agong sering berhubung dengan pihak KPM bagi mengatasi masalah tersebut.

Pengerusi KSKM Kedah menyarankan kepada semua PAP yang tidak dapat mengisi maklumat tersebut agar menghubungi beliau bagi membantu mengisi maklumat tersebut segera.

Selasa, 13 September 2011

KURSUS KOMPUTER BERSAMA DENGAN KOLEJ KOMUNITI

Adalah dimaklumkan bahawa kursus tersebut tidak dapat diadakan buat masa ini. Kolej komuniti memaklumkan peruntukan untuk tahun ini telah habis, peruntukan tambahan telah dipohon tetapi sehingga catatan ini ditulis belum tiba peruntukan tersebut. Pihak kami akan maklumkan kiranya ada perkembangan terbaru.

Pihak KSKM Kedah memohon maaf atas kegagalan program ini.

Kursus lain anjuran bersama dengan PPD akan diadakan akhir tahun ini InsyaAllah bagi daerah2 di Kulim/Bandah Baharu, Baling/Sik, Kuala Muda/Yan dan Kubang pasu/Langkawi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...