Pengerusi KSKM Kedah, Pn Mariah binti Salleh telah membawa dua isu dalam Mesyuarat Pra majlis Bersama Jabatan(MBJ) baru-baru ini. Isu2 tersebut bakal dibentangkan dalam Mesyuarat Bersama Jabatan yang bakal berlangsung April nanti. Antara isu panas ialah :-
a) Pembantu Makmal mendapat arahan untuk bertugas selain dari makmal sains.
b) Norma perjawatan Pembantu Makmal tidak diisi mengikut norma yang diluluskan oleh Jabatan
Awam iaitu 1Makmal=1Pembantu Makmal.
Sehubungan dengan itu KSKM Kedah berharap mendapat kerjasama semua Pambantu Makmal di negeri Kedah untuk memberi info bagi kedua-kedua isu tersebut.
PM bolehlah memberi info mengenai arahan dari pentadbir untuk bertugas selain dari makmal dengan memberi bukti arahan samada berbentuk surat arahan atau pun jadual bertugas atau kedua-duanya sekali.
Bagi norma perjawatan pula, diharap semua PM mewakili sekolah masing-masing dapat memberi maklumat seperti bilangan makmal, satu/dua sesi, bilangan PM C22(hakiki), PM C22(KUP), PM C17, PAP N4(Hakiki), PAP N4(KUP), PAP N1. Sila nyatakan tempoh/lama bertugas.
Selain dari itu boleh juga nyatakan sebarang masalah yang dihadapi kini.
Semua maklumat bolehlah di hantar terus kepada KSKM Kedah melalui emel
kskmkedah@gmail.com
atau poskan kepadaPuan Mariah binti Salleh,
Pengerusi Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Caw. Kedah,
d/a Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Pokok Tai, 06720 Pendang,
Kedah.
Segala info tersebut adalah diguna pakai bagi membantu pihak Jabatan Pelajaran Kedah membuat penambahbaikan perkhidmatan Pembantu Makmal.