Alhamdulillah, hasil perjuangan KSKM KPM telah bersetuju untuk melantik PAP N1/N4 yang pernah bertugas di makmal sains untuk dilantik sebagai Pembantu Makmal C17. KSKM amat berharap agar semua PAP yang pernah bertugas di makmal samada menjadi ahli atau tidak menjadi ahli untuk mengisi maklumat tersebut melalui web http://www.moe.gov.my.
Pemilihan akhir adalah bergantung sepenuhnya kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran yang akan menyenarai pendek calon yang layak berdasarkan sepenuhnya kepada pengalaman dan penilaian prestasi bagi dipanggil temuduga.
Web tersebut di buka bermula 26 Ogos hingga 23 September 2011. Dalam tempoh tersebut sehingga kini KSKM Kedah telah menerima berbagai aduan tentang macam-macam masalah yang dihadapi semasa mengisi maklumat calon. Pengerusi KSKM Kedah telah mengambil langkah menghubungi Setiausaha Agong memaklumkan masalah-masalah tersebut. Ada yang telah dapat diatasi namun timbul pulak masalah baru. Walaubagaimanapun SU Agong sering berhubung dengan pihak KPM bagi mengatasi masalah tersebut.
Pengerusi KSKM Kedah menyarankan kepada semua PAP yang tidak dapat mengisi maklumat tersebut agar menghubungi beliau bagi membantu mengisi maklumat tersebut segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan