SELAMAT DATANG

Khamis, 31 Mei 2012

KURSUS PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOR STAF MAKMAL.

KSKM Cawangan Kedah akan mengadakan kursus tersebut untuk staf makmal Kubang Pasu pada 3 Jun 2012(Ahad) betempat di Dewan Seminar PPD Kubang Pasu. Lokasi PPD baharu adalah bersebelahan SM Sultan Abdul Halim (SBP) dan SMK Bandar Baru Darulaman. Majlis di jangka akan dirasmikan oleh tuan PPD sendiri pada jam 9.00 pagi.

Begitu juga bagi staf makmal di daerah Kuala Muda/Yan dan Baling/Sik akan dapat mengikuti kursus serupa pada 4 Jun 2012(Isnin) bertempat di Dewan Seri Kayangan, PPD Kuala Muda/Yan.Majlis dijangka akan dirasmikan oleh tuan PPD KMY pada jam 9.00 pagi.

Segala persiapan sedang giat dilaksanakan setelah dua mesyuarat jawatankuasa pelaksana diadakan pada Isnin(28 Mei 2012) bagi PPD Kubang Pasu dan Selasa(29 Mei 2012) bagi PPD Kuala Muda/Yan.

Program yang dirancang oleh KSKM cawangan Kedah mendapat kerjasama PPD Kubang Pasu, PPD Kuala Muda/Yan dan PPD Baling/Sik. Semua perbelanjaan makan ditanggung oleh ketiga-tiga PPD tersebut. Lain-lain perbelanjaan dan urusan berkaitan ditanggung dan dilaksanakan oleh KSKM Kedah.

Bagi staf makmal di daerah-daerah lain harap dapat bersabar untuk mendapat kursus yang seumpama. InsyaAllah KSKM Kedah sedang merancang untuk mengadakannya pada akhir tahun ini. Namun pertimbangan juga perlu merujuk kepada kemampuan kewangan KSKM sendiri kiranya tiada peruntukan dari PPD berkaitan.

Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, AJK KSKM dan Urusetia mengalu-alukan kehadiran semua staf makmal di daerah-daerah berkenaan.

Dicatatkan oleh Pengerusi KSKM Kedah.

Sabtu, 26 Mei 2012

KURSUS PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOR


Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) Cawangan Kedah akan mengadakan Kursus Pengurusan Aset Alih dan Stor Staf Makmal dengan kerjasama PPD Kubang Pasu, PPD Kuala Muda/Yan dan PPD Baling/Sik. PPD berkenaan sedang mengupload surat jempuran ke portal masing-masing. 

KSKM berharap semua staf makmal (termasuk PAP yang bertugas di makmal) dapat hadir ke program tersebut. Maklumat lebih terperinci ialah : KURSUS PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOR STAF MAKMAL DI KUBANG PASU. Terbuka kepada semua staf makmal di Kubang Pasu. Tarikh : 3 Jun 2012 (Ahad) Tempat : SMK Jitra, 06000 Jitra, Kedah. 

  KURSUS PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOR STAF MAKMAL DI KUALA MUDA. Terbuka kepada semua staf makmal di Kuala Muda, Yan, Baling dan Sik. Tarikh : 4 Jun 2012 (Isnin) Tempat : SMK Sungai Layar, 08000 Sungai Petani, Kedah. Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang. Penceramah : Encik Ashaari bin Maarof ( Setiausaha Agong KSKM ) Taklimat semasa akan disampaikan oleh En Hamran bin Hj Ahmad ( Presiden KSKM )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...