SELAMAT DATANG

Sabtu, 26 Mei 2012

KURSUS PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOR


Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) Cawangan Kedah akan mengadakan Kursus Pengurusan Aset Alih dan Stor Staf Makmal dengan kerjasama PPD Kubang Pasu, PPD Kuala Muda/Yan dan PPD Baling/Sik. PPD berkenaan sedang mengupload surat jempuran ke portal masing-masing. 

KSKM berharap semua staf makmal (termasuk PAP yang bertugas di makmal) dapat hadir ke program tersebut. Maklumat lebih terperinci ialah : KURSUS PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOR STAF MAKMAL DI KUBANG PASU. Terbuka kepada semua staf makmal di Kubang Pasu. Tarikh : 3 Jun 2012 (Ahad) Tempat : SMK Jitra, 06000 Jitra, Kedah. 

  KURSUS PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOR STAF MAKMAL DI KUALA MUDA. Terbuka kepada semua staf makmal di Kuala Muda, Yan, Baling dan Sik. Tarikh : 4 Jun 2012 (Isnin) Tempat : SMK Sungai Layar, 08000 Sungai Petani, Kedah. Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang. Penceramah : Encik Ashaari bin Maarof ( Setiausaha Agong KSKM ) Taklimat semasa akan disampaikan oleh En Hamran bin Hj Ahmad ( Presiden KSKM )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...