SELAMAT DATANG

Sabtu, 10 Disember 2011

LAMPIRAN C SBPA

MAKLUMAN DARI JPA MENGENAI LAMPIRAN C :

Sila rujuk Bahagian Sumber Manusia Kementerian/Jabatan/agensi masing-masing bagi urusan mengenai Lampiran C.

Makluman berkenaan bermaksud Lampiran tanggagaji tidak akan di siarkan di mana-mana web agensi kerajaan, ianya hanya boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia di Kementerian masing-masing.

Tahukah anda mengapa JPA berbuat demikian?

Terkini didapati ramai kakitangan awam terlibat dengan hutang yang serius yang mengakibatkan tiada tabungan kecemasan,fikiran tidak tenang membolehkan tidak dapat fokus kepada tugas seharian dan banyak lagi perkara-perkara negatif. Rasionalnya Lampiran tersebut tidak dipaparkan ialah kerana ianya SULIT, pegawai berkenaan saja yang mengetahui gajinya berapa. Jika boleh diakses dengan mudah maka ianya bukan lagi SULIT. Jika mudah diakses maka umum mengetahui berapa gaji kakitangan awam yang sebenar, dari itu memungkinkan agensi kewangan mengejar kakitangan awam memberi tawaran membuat pinjaman yang kadang-kadang tidak perlu buat masa tersebut. Berhutang bila keadaan amat memerlukan merupakan perancangan kewangan yang betul. Renung-renungkanlah.

Seperkara lagi ialah sebelum pembentangan kenaikan gaji dibuat oleh PM banyak barang telah dinaikkan harganya, selepas pembentangan belanjawan 2012 sedikit lagi harga barang naik. Jika diketahui umum berapa kenaikan gaji yang sebenar diperolehi oleh kakitangan awam memungkinkan harga barang melambung lagi, dari itu tidak memberi manfaat kenaikan gaji kepada kakitangan awam jika harga barang-barang keperluan semakin naik harganya.

KSKM Kedah mengambil kesempatan memberi pandangan agar sesiapa yang mempunyai jadual gaji baru SBPA tidak perlu dihebahkan melalui mana-mana saluran media yang boleh di lihat oleh umum demi kebaikan bersama. Yang penting kita bersyukur kehadzrat Allah S.W.T yang telah menganugerahkan rezeki tersebut dan kita sebagai penerima anugerah tersebut sepatutnya menumpukan/memberi perhatian yang sewajarnya kepada tugas dan tanggungjawab kita agar kita dapat melepasi saringan di padang mahsyar nanti, InsyaAllah.

2 ulasan:

  1. ermm klau camtu nak elak berlaku perbelanjaan tak terkawal kenapa pulak ternyata pulak segala2nya kat akhbar. mana pernah berlaku kesaksamaan urusan jual beli perkhi/matan anara majikan ngan pekerja....kakitangan nak tgk lampiran C bukan majoritinya yang sengkek wang tapi kena tahu lah jugak sejauhmana untung rugi sebalik opsyen itu nanti bukan setakat penyataan yang mungkin tak menja/i kenyataan kesu/ahannya................

    BalasPadam
  2. Salam Tuan/Puan boleh merujuk ke blog saya untuk Lampiran C tersbut. http://matkedah.com/blog/2011/12/11/slide-powerpoint-sbpa-bagi-lampiran-c/

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...