Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2004
1. Tujuan pekeliling ini adalah menjelaskan urusan pertukaran pegawai awam supaya dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, berkesan dan seragam.
2. Pertukaran merupakan salah satu fungsi pengurusan sumber manusia yang penting. Pegawai akan dapat memberi perkhidmatan yang cemerlang.
3. Objektif pertukaran :-
- peningkatan produktiviti seseorang pegawai dan seterusnya organisasi tempat mereka berkhidmat;
- menambah serta mempelbagaikan pengalaman, pendedahan dan proses pembelajaran di kalangan pegawai terlibat yang mana proses ini amat berguna untuk kemajuan kerjaya mereka;
- membendung rasa bosan bertugas di satu tempat dan menjalankan tugas yang sama dalam tempoh masa yang panjang;
- memperluaskan lagi networking pegawai kerana ini dapat membantu mempermudahkan mereka melaksanakan tugas jawatan masing-masing;
- mencegah sebarang kemungkinan berlakunya penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah;
- memberi peluang kepada pegawai diselia oleh penyelia yang berbeza supaya penilaian prestasi mereka dapat dibuat dengan lebih saksama;
- membolehkan pegawai melihat organisasi di mana mereka ditempatkan dari perspektif yang berbeza dan dengan itu mereka diharap dapat mencuba pendekatan baru yang boleh mempertingkatkan lagi keberkesanan organisasi berkenaan; dan
- memberi peluang kepada pegawai mendapatkan tugas yang sesuai dengan minat, kebolehan, latihan dan pengalaman mereka supaya mereka dapat mencapai penghasilan kerja yang maksimum.
Maklumat selanjutnya sila ke laman www.jpa.gov.my/pekeliling/pp04/bil03/ppbil03.pdf
KSKM Kedah mengucapkan kepada semua Pembantu Makmal yang mendapat surat arahan bertukar "Selamat bertugas di tempat baru dengan semangat yang baru, semoga lebih bertenaga dan mendapat ilham baru untuk peningkatan penghasilan kerja".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan