Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK), Kementerian Pelajaran Malaysia sedang dalam usaha untuk menambahbaik sukatan peperiksaan perkhidmatan bagi Pembantu Makmal C17.
Difahamkan sukatan baru berkenaan akan dimuat naik ke laman sesawang Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam (SISSPA) - www.moe.gov.my/sisppa pada awal bulan Julai nanti. Kepada calon yang akan menduduki peperiksaan pada bulan Ogos nanti dinasihatkan untuk merujuk kepada sukatan berkenaan terlebih dahulu.
Maklumat lanjut mengenai pendaftaran dan surat siaran mengenai peperiksaan perkhidmatan sila lihat http://apps1.moe.gov.my/bppk/
Sebarang pertanyaan dalam hal ini boleh berhubung dengan urusetia BPPK di talian 0383179063/64/66/67. Harap maklum.
Maklumat disampaikan oleh Pengerusi KSKM Kedah.
SY sebagai pembantu makmal smk tanjong puteri memohon mengadakan kursus utk fail meja bagi membaik pulin...dan untuk memberi pegetahuan kepada pembantu makmal baru...
BalasPadam